
Kempen boikot produk Yahudi dan Amerika kini bagaikan hampir-hampir berkubur tanpa nisan di kalangan umat Islam khususnya orang Islam di Malaysia. Tidak dinafikan, kesedaran dan sensitiviti ummah cukup tinggi terhadap isu yang melanda saudara seaqidah di seantero dunia, namun adakah cukup dengan laungan beremosi dan pelekat tanda sokongan bisu tanpa istiqamah dalam praktik?
Lihat pula umat Islam sekarang ni. Masih ramai yang tidak segan-segan melangkah masuk dan memesan makanan di rangkaian pembiaya kelengkapan senjata pembunuh muslim Palestin

Kita seharusnya memahami bahawa setiap sen duit yang kita belanjakan untuk membeli produk

Kita barangkali tidak mampu memikul senjata atau bersama-sama saudara kita berjihad di bumi mereka yang cabuli musuh Islam. Tetapi malangnya kita juga memberi saham membantu musuh membunuh nyawa mereka.Kita lupa bahawa sokongan dan praktik secara sungguh-sungguh terhadap kempen boikot merupakan salah satu strategi Jihad membantu memenangkan perjuangan Islam sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam, junjungan kita.
Memboikot barangan Yahudi tersenarai di antara usaha yang disifatkan sebagai "maka hendaklah dia mencegah dengan tangan" dan membantu melemahkan kuasa ekonomi Yahudi. Walaupun nampak mudah namun ianya merupakan satu sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.Ia bertepatan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi yang menyatakan : " 1 rial(ringgit) untuk produk Amerika Syarikat (Yahudi), sama dengan 1 peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin ". Beliau menggesa umat Islam di serata dunia agar tidak membeli barangan Yahudi dan sekutunya.
No comments:
Post a Comment