Wednesday, October 15, 2008

ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK

IBU TANPA NIKAH

Ibu tanpa nikah merujuk kepada wanita yang melahirkan anak tanpa nikah, sama ada perhubungan sexsual dengan pasangan itu, suka sama suka ataupun diperkosa. Isu sosial ini menjadi satu persoalan dan permasalahan yang besar kepada pembentukan generasi masyarakat yang akan datang. Bukan sahaja masalah kepada ibu tetapi kepada anak yang dilahirkan itu tanpa bapa. Ini akan membawa lebih banyak masalah sosial akan timbul.

Ibu itu sendiri akan mengalami trauma, kemurungan dan fikiran terganggu serta tertekan, jika tiada pihak yang membantu ibu dan mengambil langkah susulan agar ibu itu sedar dan insaf di atas kesilapan mungkin ianya akan terus berlaku dan berlaku lagi. Kepada bayi yang dilahirkan itu sudah pasti akan hidup tanpa ayah yang sah atau dipanggil anak tidak sah taraf. Namun jika ada keluarga angkat yang mengambil sebagai anak angkat mungkin situasi kehidupan bayi itu berbeza.

Persoalannya kenapa masalah ibu tanpa nikah ini, boleh muncul dan ada dikalangan masyarakat kita yang majoritinya orang Melayu beragama Islam. Di manakah hilangnya nilai-nilai ketimuran dan adat kesopanan orang timur sehinggakan lahirnya bayi tanpa ayah. Jika di Barat mungkin ini sesuatu yang biasa, kerana barat membenarkan pasangan hidup bersama tanpa nikah dan melahirkan anak.

Pada pandangan saya isu ini jika tidak dibasmi secara bersungguh-sungguh oleh setiap individu, keluarga, masyarakat, pemimpin dan pihak berwajib ianya akan menjadi lebih parah dan sukar dikawalnya. Punca utama terjadinya isu tersebut adalah kerana faktor keruntuhan institusi kekeluargaan, kurangnya didikan agama, pergaulan bebas, bahan-bahan lucah dan individu berkenaan yang mempunyai minda yang lemah dan kurang ilmu pendidikan.

Kesimpulannya, ibu tanpa nikah adalah satu isu yang besar dan perlu dibasmi agar kita dapat melahirkan satu generasi yang cemerlang dalam proses membangunkan negara. Hidup dan bangunkan semula institusi kekeluargaan yang cemerlang dan hebat. Kita boleh diibaratkan satu keluarga adalah satu negeri yang perlu ditadbir oleh ayah, ibu dan anak-anak dengan cara yang bijak dan cemerlang, barulah mampu melahirkan insan-insan yang cemerlang dan anak-anak mampu bertindak secara bijak dalam menjalani kehidupan seharian.

1 comment:

Anonymous said...

masalh ini tidak akan wujud jika masalah sosial dapat di atasi,maka tidak akan ada anak luar nikah.. keadaan keluarga yang baik maka tak kan ada haruan makan anak..
buat smua gadis..peliharalah mahkota dirimu..moga aank-anak yang bakal dilahirkan menjadi penyjuk hati